Rabu, 15 Disember 2010

Order Ramadhan yang baru berjaya disiapkan....I'M SORRY!!!

Akhirnya siap juga order kawan lama kami Irah.Maaf la ye kawan,macam-macam program bertali arus masuk jadi tak dapat nak selesaikan order ini dengan pantas.Ini antara barang yang di order oleh Irah dan gengnya di Kulim.Mekasih...nanti aku bg present sbb tolong promote kami di Kulim..ehehe

Pencil case untuk Nayli Safwah


Pencil case untuk Irah


Pencil case kanak-kanak

















Close up pencil case kanak-kanak

































Last but not least..bookmark Shafizah.
Selesai juga tempahan ini..alhamdulillah














Rabu, 17 November 2010

Jersey Adzmie....



Percubaan kami yang pertama utk memenuhi permintaan customer......

Order by kak fiza


nilah jersi hasil tangan k.siti...hehehe kami balik je dr program trus dh ada bangganya kami....jersi ni utk letak kat kete....kagumnya....

Order by adik kak shikin....


thank you Yat coz support our product....harap2 berpuas ati ngan hasil kami tu simple and sweet...and special for Yat kami wat butterfly request from kak shikin...maaflah kami x variasikan design sbb nk kasi adil...klu x ada yg x puas ati..hehehehe

Selasa, 9 November 2010

Kursus Pendek 'Felt Bookmark' oleh SHAF CRAFT




Baru2 ni shaf craft telah mengadakan kursus pendek 'felt bookmark' atas permintaan unit pengajian sepanjang hayat. Pesertanya terdiri dari student smka bandar penawar....tengoklah hasil mereka sangat kreatif......yuran bahan rm5...nota disediakan.......kami sebagai tenaga pengajar amatlah gembira dapat berkongsi ilmu....kursus ini gak byk memberi kami ilham.....

Selasa, 21 September 2010

Orang tak order tapi kami terbuat...hehe

Kami tak tau la apa masalah dengan penglihatan kami.Kabur dah agaknya.Orang tak tempah tapi kami buat jugak..hehe.Oleh itu kami open la beg ini untuk dijual.Maklumla time raya ni banyak beg diperlukan..betul tak??..ehehe..

Boleh sangkut kat bahu beg ni..ala-ala handbag kecik..

Temanya 'SWEET AND SIMPLE'

Pandangan keseluruhan beg..


Eh...terlupa pulak nak bagitau harganya..Beg ini harganya RM18 je tapi tidak termasuk pos ye..Ala..masuk pos baru berapa je...



Tempahan Kak Fiza..sambungan..

Haha..upload gambar tempahan pun ada sambungan.Ingat cerita kat tv je yang ada bersambung.hehe.Sorilah ye,masalah teknikal sikit sebab tu jadi macam ni.
Berikut antara tempahan Kak Fiza yang selebihnya...



Handphone case + charm...untuk anak saudara kak fiza..

Ini pula kak fiza tempah untuk diri sendiri...


Isnin, 20 September 2010

Tempahan Kak Fiza jangan dilupa..

Ini pula tempahan kak fiza untuk anak-anak dan juga anak saudaranya..alamak,bateri kamera habis pulak.Nanti kami sambung upload gambar tempahan kak fiza ni ye.



Wallet untuk Syahmie..





Ini pula untuk anak-anak Kak Fiza.Kene sama sebab takut gaduh..



Handphone case + charm..
Ada lagi yang lain.Tak dapat nak upload dah sebab card reader takde..kamera pulak habis bateri.Nantikan gambar-gambar seterusnya ye kawan-kawan..




Tempahan Kak Shikin pulak..

Kak Shikin pulak menempah untuk anak dara dan anak terunanya.Senang nak buat kutipan duit raya..ahahaha..


Detailing dari dekat untuk anak daranya..


Tempahan Kak Shima..

Kak Shima nak bagi anak buahnya beg untuk letak duit raya.Jadi untuk berlaku adil semua anak saudara dia dapat hadiah masing-masing.Kami pun bertungkus lumus la cuba untuk menyiapkan.Part bertungkus lumus tulah yang paling mahal tu..hehe..

Belum letak tali lagi..

Yang ni dah ada tali..

Beg bermanik-manik..


Detailing bermanik..


Ni pun bermanik jugak dilihat dari dekat..

Handbag untuk si gadis kecil..manik-manik gitu..



Wallet untuk si lelaki..

Wallet lagi..

Siap jugak tempahan kakak ini..Lega..


Pencil case Kak Fazi..

Akhirnya..

Jumpa jugak gambar pencil case kak fazi yang kedua.Abis ku cari di sana sini.Inilah dia pencil case kak fazi yang dia tempah.Nama dijadikan key-chain sebab dah tak muat nak jahit kat badan pencil case.

Ada rama-rama terbang gitu..

Sabtu, 18 September 2010

TEMPAHAN DAYAH..

Bulan Ramadhan banyak sungguh tempahan yang kami terima.Masing-masing nak bawa balik buah tangan untuk anak buah masing-masing.Ada tempahan yang terpaksa kami tolak.Maaf la ye kawan-kawan.Nanti ada masa boleh tempah lagi.berikut adalah tempahan yang telah dibuat oleh Dayah..jemput-jemput lah tengok..


Wallet Ben10 untuk anak saudara lelakinya..

Beg untuk Alyaa..

Beg untuk Intan..

Beg untuk Sofea..

Pasni boleh kutip duit raya banyak-banyak ye...



Khamis, 26 Ogos 2010

Baby S.H.A.F telah selamat dilahirkan...

S.H.A.F telah tinggal berdua minggu ni.S (Kak Siti) tengah cuti bersalin kerana melahirkan puterinya. F pulak (si Fara) ada meeting kurikulum. Sekarang yang tinggal H & A jelah.Kami dah jadi H.A.hehe.Tempahan raya semakin berjaya diselesaikan dengan jayanya.Ada lagi beberapa barang je lagi yang belum berjaya disiapkan.Doakan kami ye kawan-kawan.

Kepada Kak Siti, tahniah atas kelahiran baby girl.Rasa aritu sebelum balik KL baru je jumpa kakak tengah duduk-duduk tengok hasil kerja kami.Alih-alih hari Ahad dah bersalin.Semoga cepat sembuh ye.Nanti tengok hasil kerja kami tau...

Rabu, 18 Ogos 2010

PENGUMUMAN..PENGUMUMAN..

Kami bukan nak bagitau tarikh raya tapi nak announce yang kaunter tempahan kami terpaksa ditutup bagi menyudahkan tempahan sedia ada.Kami agak kelam kelibut sekarang menyudahkan banyak tempahan untuk raya.Takut tempahan anda lambat siap pula nanti.Oleh itu..bagi tempahan bermula 20 OGOS 2010 kami terpaksa siapkan selepas raya.Boleh ye???RIBUAN AMPUN YE..Nak kene bagi kad raya tak???hehehe..Daaa

Selasa, 17 Ogos 2010

Tempahan mengikut idea mereka

Ini pula tempahan dari Kak fazi dan Azhar.Custom made mengikut request dari air liur mereka.Air liur kami tidak terlibat sebab kami dengar jek..ahaha

Asal ada Qi jek..LA tambah kemudian..boleh tak??


Pandangan hadapan handphone case and charm..


Pandangan belakang pula..

Dua muka ni ada pada cupcake yang Azhar dapat masa birthday dia.Jadi dia nak abadikan khas untuk 'cupcake' dia yang sorang tu.ehehe.Tangan yang macam cupcake ini pun cuba lah merealisasikannya..CANTIK TAK???Kata Eric Leong

-
-
-
-
-

Ini yang Kak Fazi pula...

Dia nak ada nama dan ladybird..
Full view untuk bahagian hadapan pencil case
Bahagian belakang pencil case Kak Fazi..

Ada satu lagi pencil case yang Kak Fazi tempah.Dia cakap senang nak bawak barang-barang untuk ke kelas satu pastu satu lagi untuk biz dia.Jadi yang untuk kelas dia tempah yang kecik sikit.tapi gambar ku lupa ku letak di mana.Nanti ku upload kemudian ya..