Selasa, 21 September 2010

Orang tak order tapi kami terbuat...hehe

Kami tak tau la apa masalah dengan penglihatan kami.Kabur dah agaknya.Orang tak tempah tapi kami buat jugak..hehe.Oleh itu kami open la beg ini untuk dijual.Maklumla time raya ni banyak beg diperlukan..betul tak??..ehehe..

Boleh sangkut kat bahu beg ni..ala-ala handbag kecik..

Temanya 'SWEET AND SIMPLE'

Pandangan keseluruhan beg..


Eh...terlupa pulak nak bagitau harganya..Beg ini harganya RM18 je tapi tidak termasuk pos ye..Ala..masuk pos baru berapa je...



Tempahan Kak Fiza..sambungan..

Haha..upload gambar tempahan pun ada sambungan.Ingat cerita kat tv je yang ada bersambung.hehe.Sorilah ye,masalah teknikal sikit sebab tu jadi macam ni.
Berikut antara tempahan Kak Fiza yang selebihnya...



Handphone case + charm...untuk anak saudara kak fiza..

Ini pula kak fiza tempah untuk diri sendiri...


Isnin, 20 September 2010

Tempahan Kak Fiza jangan dilupa..

Ini pula tempahan kak fiza untuk anak-anak dan juga anak saudaranya..alamak,bateri kamera habis pulak.Nanti kami sambung upload gambar tempahan kak fiza ni ye.



Wallet untuk Syahmie..





Ini pula untuk anak-anak Kak Fiza.Kene sama sebab takut gaduh..



Handphone case + charm..
Ada lagi yang lain.Tak dapat nak upload dah sebab card reader takde..kamera pulak habis bateri.Nantikan gambar-gambar seterusnya ye kawan-kawan..




Tempahan Kak Shikin pulak..

Kak Shikin pulak menempah untuk anak dara dan anak terunanya.Senang nak buat kutipan duit raya..ahahaha..


Detailing dari dekat untuk anak daranya..


Tempahan Kak Shima..

Kak Shima nak bagi anak buahnya beg untuk letak duit raya.Jadi untuk berlaku adil semua anak saudara dia dapat hadiah masing-masing.Kami pun bertungkus lumus la cuba untuk menyiapkan.Part bertungkus lumus tulah yang paling mahal tu..hehe..

Belum letak tali lagi..

Yang ni dah ada tali..

Beg bermanik-manik..


Detailing bermanik..


Ni pun bermanik jugak dilihat dari dekat..

Handbag untuk si gadis kecil..manik-manik gitu..



Wallet untuk si lelaki..

Wallet lagi..

Siap jugak tempahan kakak ini..Lega..


Pencil case Kak Fazi..

Akhirnya..

Jumpa jugak gambar pencil case kak fazi yang kedua.Abis ku cari di sana sini.Inilah dia pencil case kak fazi yang dia tempah.Nama dijadikan key-chain sebab dah tak muat nak jahit kat badan pencil case.

Ada rama-rama terbang gitu..

Sabtu, 18 September 2010

TEMPAHAN DAYAH..

Bulan Ramadhan banyak sungguh tempahan yang kami terima.Masing-masing nak bawa balik buah tangan untuk anak buah masing-masing.Ada tempahan yang terpaksa kami tolak.Maaf la ye kawan-kawan.Nanti ada masa boleh tempah lagi.berikut adalah tempahan yang telah dibuat oleh Dayah..jemput-jemput lah tengok..


Wallet Ben10 untuk anak saudara lelakinya..

Beg untuk Alyaa..

Beg untuk Intan..

Beg untuk Sofea..

Pasni boleh kutip duit raya banyak-banyak ye...